Monday, September 2, 2013

Mengapa surirumah adalah insan yang mulia dan istimewa?

Kerana...
1)Melihat dan mengetahui setiap kelebihan dan kekurang yg ada di dalam keluarga dengan teliti.Dari hal sekecil sebutir telur ayam pun mereka tahu samada ia sudah tembelang atau belum.Apatah lagi jika suami mereka menipu dan sudah pecah tembelang!
2)Ikhlas,tak ada..(tak kan ada) sikap mari bermalas malasan dalam kamus hidup mereka.Dari hal mencuci mangkuk tandas hinggalah membelek dan mencium sependa suami untuk memastikan ianya sudah diguna ke belum..bayangkan...sampai macam tu sekali....!!takutlah tetiba terpandang kurap kat @&$/ suami sbb pakai spenda tak basuh.


3)Pakar ekonomi yang hebat...cuba tanya lauk sambal sardin untuk makan 6 orang dengan lauk masak ayam lemak ciliapi hidangan 6 orang..yang mana lebih mahal?..kenapa dia mahal..? Tak payah kuar kalkulator derang dah tahu jawapannya...siap hujah yang bernas lagi.



4)Host/tuan rumah /event manager merangkap emcee yg berpengalaman...cuba bagitahu ...ada sesapa suami dia yg tak mati kutu bila sedara mara datang rumah waktu bini takda rumah.....sapa.?..sapa?...nak tengok suami mati kutu cam lipas kudung...kulu kilir tapi bingung tak tahu nak buat apa...haha masa ni lah...!!!Binilah yg sambut tetamu sadari bukak pintu gate...jemput masuk...buat air..jenguk peti ais kalau2 ada yg boleh di masak...selongkar cabinet...kot2 la ada keropok yg boleh di goreng sementara tunggu main dish siap...borak pun dgn topik yang lancar....laki  boleh????


5)Pemberita ,wartawan,juruhebah terbaik....tanyalah hal apa jer tentang berita semasa atau hal ehwal satu taman perumahan...insyaallah mereka tahu.



So kepada lelaki yg mana isteri mereka tidak berkerja dan surirumah sepenuh masa ...hargailah mereka..mereka buat kerja yg anda sebolehnya tidak mahu pun buat..!ucaplah terima kasih...pujilah sekali sekala...bawak mereka pergi ketempat yg patut mereka pergi...senangilah hati mereka...sbb mereka pun manusia biasa...hati kadang2 ingin berbelanja sepertimana wanita bekerjaya lain tetapi sentiasa memikirkan yg faktor kewangan tidak mengizinkan.

Kepada kawan yg mana ada dikalangan rakan mereka yg surirumah menyuarakan ingin berniaga kecil kecilan...sokong lah mereka...!!


gambar ehsan google

No comments: