Sunday, September 8, 2013

Artis Hip Hop Di Penjara 20 Tahun, 10 Sebatan

KAJANG: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap seorang anggota kumpulan hip-hip popular tahun 2000 selepas didapati bersalah merogol anak tirinya.
Guru vokal berusia 38 tahun yang bekerja dengan beberapa badan kerajaan itu tenang apabila mahkamah membuat keputusan berkenaan tetapi kelihatan menitiskan air mata sewaktu mahkamah berehat seketika sebelum menjatuhkan hukuman.
Tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang kini berusia 15 tahun di bilik tidur gadis itu di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, Gombak dekat sini, pada pukul 9 pagi, 2 Februari 2012.
Adalah difahamkan bahawa ibu mangsa dan tertuduh telah lama bercerai.
Hakim Nor Hazani Hamzah berkata, keterangan yang diberikan mangsa adalah berwibawa selain pengesahan doktor terdapat koyakkan pada kemaluan mangsa.
"Selepas kejadian itu, mangsa menceritakan peristiwa berkenaan kepada dua saksi (kedua-dua mereka adalah guru sekolah mangsa). Keterangan kedua-dua saksi bebas itu adalah berwibawa,” katanya.
Nor Hazani menambah, pihak pembelaan pula gagal menimbulkan keraguan munasabah dan akhirnya ‘menyokong’ pihak pendakwaan.
Mahkamah juga turut mendengar kenyataan mangsa terhadap kesan yang dialaminya sebelum menjatuhkan hukuman.
"Saya rasa tidak selamat dan jijik pada diri sendiri. Saya rasa saya telah hilang perasaan untuk hidup sehingga mendorong saya beberapa kali untuk membunuh diri.
"Saya tidak tahu apa akan jadi dengan masa depan saya kerana ia kelihatan suram. Saya juga takut untuk kembali ke sekolah, takut bahawa episod gelap ini berulang," kata gadis itu sambil menangis ketika memberi kenyataan.
Peguam bela tertuduh iaitu Azmi Talib memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menanti rayuan di Mahkamah Tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fadzlin Abd Zawawi bagaimanapun membantah permohonan itu sambil berhujah bahawa tiada keistimewaan tertuduh untuk dibiarkan bebas.
Nor Hazani bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin dan menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM15,000 kepada RM80,000.
Bagaimanapun tertuduh gagal membayar wang jaminan itu menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Penjara Kajang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Saturday, September 7, 2013

Artis kulit putih panjat hotel dengan kerabat


Sumber-Sot Kabar


Jika SS sebut nama artis wanita ini pasti semua orang tahu dan mengenalinya kerana bukan saja cerita kerjaya seninya sering mendapat perhatian media malah kisah peribadinya juga sering menjadi tatapan umum.Dengan status dan rupa cantik yang dimiliki tidak hairanlah dia menjadi perhatian ramai lelaki yang tampan dan kaya di luar sana. Namun SS tidak pasti apa yang dia mahukan daripada lelaki berkenaan kerana kita disogokkan dengan cerita yang dia sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka. Namun dalam pada itu, ada sumber memberitahu SS yang dia ternampak kelibat artis ini sering keluar masuk sebuah hotel di ibu kota. SS Difahamkan, di hotel itulah dia mengatur pertemuan dengan seorang kerabat dari sebuah negeri di Semenanjung. 

  Hairan juga SS dengan berita yang dikhabarkan kerana keintimannya dengan kekasihnya itu sudah diketahui semua tetapi dalam diam dia mempunyai hubungan dengan kerabat pula. Bagaimanapun, khabarnya ia bukanlah hubungan membabitkan hati dan perasaan tetapi jalinan untuk menambahkan pendapatan.   

  Bukankah selama ini artis itu sudah hidup mewah ataupun daripada dulu lagi kemewahannya itu berpunca daripada ‘kerja gelapnya’ itu?  

  Siapa yang melihat wajah artis itu yang selembut dan seputih salju, mesti susah nak percayakan. Namun itulah realiti kehidupan, orang yang kita nampak sikapnya macam pijak semut tak matilah itulah sebenarnya mempunyai perangai yang amat hina.  Bijak sungguh dia menggunakan segala kelebihan yang Tuhan berikan kepadanya untuk mengaburi  mata orang sekeliling. Sudahlah cantik, pandai pula ambil hati orang, siapalah yang tak berkenan padanya. Jadi kalau ada berita buruk mengenainya pun, siapa nak percaya. Dengan segera dia mengatakan dia mangsa fitnah. 


SS: Biarlah rupa tak cantik, asalkan memiliki sekeping hati yg menawan.

Innalillah Saleh Yaacob Meninggal Dunia...Isteri tercedera

Penoreh Maut Manakala Isteri Cedera Disambar Petir Waktu Senja
TEMERLOH, 6 Sept (Bernama) -- Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera disambar petir di sebuah kawasan paya di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau semalam.

Mangsa Salleh Yaakob, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Norehan Hassan, 49, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, mereka  dikatakan baharu selesai memancing dan mahu pulang dengan motosikal apabila kejadian itu berlaku kira-kira 7.15 malam.

Jenazah Salleh dikebumikan di perkuburan kampung tersebut kira-kira 10 pagi tadi.

Yang turut menziarah jenazah ialah Anggota Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamad Said.

-- BERNAMA        

p/s Innalillah...alfatihah...
Last edited by tongkatwaran75 on 6-9-2013 08:23 PM

Cenderamata Majlis Berendoi...

Cuti sekolah dah dekat kan?..so kepada yg berniat untuk mengadakan majlis berendoi disini saya mengambil upah membuat cenderamata majlis berendoi.
Harga 3.90 per batang..










PostCrossing

 I have been involved with this  since 2010.There are about 40 pcs of post card has been sent to me.More is yet to received.This is the chance to introducing our country to others and at the same time learn about other country.Yes!...we can simply asking Google for info and picture but this is kind of personal touch when the postcard (with info and pic ) is dedicate only for you..hehehe




Friday, September 6, 2013

Teka teki pecah kepala...



Sudah bersedia semua? 
ok kita mula... 

Ada satu manusia ni namanya kassim baba.. dia berjalan2 la bersama untanya dekat gurun padang pasir ni menuju ke syria, jalan punya jalan punya jalan punya jalan.......punya la haus x terhingga sampai terjelir2 lidahnya. kassim baba pun berhenti la rehat sekejap, dalam kepenatan tu kassim baba ni nampak la sebuah kapal terbang boeing berapa ntah.. kapal terbang tu menuju ke eropah tengah. dalam kapal tu ada 550 penumpang x termaksud 6 crew kapal dan 3 pilot. dalam kapal tu ada yang tengah tido, tengah makan..... ada yang main game tak kurang juga yang tengah melepas hajat. nak dijadikan cerita tiba2 kapal terbang tu menjunam ke bawah sebab salah satu enjin rosak dilanggar burung gagak dan anaknya... terkejut monyet la kassim baba yang tengah tengok live depan mata ni......... kassim baba tiba2 terbeliak mata nampak ada seorang pramugari melayang2 tanpa payung terjun..... baju ngan skirt  semua pun tercabut kuat sangat angin kan.. dalam hati kassim baba mungkin orang tu masih hidup sebab nampak pramugari tu melambai2 masa tengah jatuh tadi. dia pun apa lagi berlari la menuju kearah kelibat tu jatuh tadi.. sayangnya.... ternyata pramugari tu sudah nyawa2 ikan.....beberapa saat kemudian matanya terbeliak memandang kassim baba sebelum menghembuskan nafasnya. kassim baba menjadi panik dan x tahu nak buat apa dah. dia hanya terkaku didepan mayat pramugari cantik tu.. tammat 

soalannya berapa ramaikah korban dalam nahas kapal terbang tu? kenapa banyak tu? 





-Sumber:Forum Cari

Spirit of the coin..??.



Sebahagian guru sekolah berkenaan mendengar taklimat kaedah kawalan 
dan pemulihan gangguan histeria daripada PPD dan KIK semalam.                                                                                                                                    


By Forum Cari.


HULU SELANGOR - Tindakan 'suka-suka' sekumpulan pelajar perempuan tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah di Bukit Beruntung bermain 'Spirit of the Coin' pagi Jumaat minggu lalu berakhir dengan musibah apabila 108 pelajar termasuk tiga guru diserang histeria secara berperingkat.
        
        Kejadian tersebut pada mulanya hanya melibatkan lapan pelajar perempuan sesi pagi (tingkatan 3 dan 5) pada Jumaat lepas, namun semakin melarat apabila ia berjangkit kepada 26 pelajar sesi pagi hari Isnin, diikuti 23 pelajar sesi petang (peralihan, tingkatan 1, 2, 4) pada Selasa dan 12 pelajar sesi petang hari Rabu.
        
        Keadaan bertambah serius semalam apabila 35 lagi seperti dirasuk, kali ini turut membabitkan tiga guru wanita yang cuba merawat mangsa dan seorang pelajar lelaki.
        
        Wartawan Sinar Harian cuba memasuki kawasan sekolah berkenaan bagi mendapatkan gambaran sebenar, namun dilarang pihak pengurusan. Bagaimanapun beberapa pelajar sempat ditemui bagi menceritakan punca kejadian.
        
        Calit darah pada dinding tandas
        
        Salah seorang pelajar, Nurul, 16, berkata, segala-galanya bermula apabila kumpulan pelajar perempuan berkenaan bermain permainan pemujaan roh yang dikenali sebagai Spirit of the Coin dalam sebuah kelas tingkatan 4 di tingkat satu bangunan sekolah berkenaan dipercayai pada awal pagi.
        
        "Tapi saya tak pasti di mana mulanya sebab sedar-sedar ramai budak perempuan mula menjerit," katanya.
        
        Bagaimanapun menurut Nurul, apa yang dia tahu, pelajar pertama diserang histeria baru pertama kali mencuba permainan yang turut dikenali sebagai Ouija Board itu.
        
        Seorang lagi pelajar dikenali sebagai Ira, 17, berkata, dia juga mendapat tahu daripada salah seorang rakannya bahawa beberapa pelajar yang mengikuti kelas tambahan di situ memang bercadang mencuba permainan tersebut pada Khamis malam 29 Ogos lalu.
        
        "Saya tak tau cerita asal, tapi itu yang diberitahu seorang kawan. Mereka main sampai satu tahap bergerak dari kelas itu menuju ke tandas perempuan. Lepas tu lukakan jari sendiri dengan pisau dan calit darah pada dinding tandas.
        
        "Mungkin itulah agaknya punca gangguan histeria ini," katanya.
        
        Bukan pertama kali
        
        Dalam pada itu, sekumpulan pelajar yang ditemui berkata, kejadian pagi semalam cuba dikawal dengan bacaan surah Yasin oleh pelajar perempuan dan laungan azan daripada pelajar lelaki.
        
        “Pelajar perempuan duduk dalam satu bulatan membaca surah Yasin, manakala pelajar lelaki buat satu lagi bulatan sambil melaungkan azan.
        
        “Lepas tu, satu demi satu pelajar terkena histeria dimasukkan dalam dua bulatan itu, tapi macam tak berkesan kerana semakin ramai yang kena.
        
        “Paling mengejutkan apabila tiga guru wanita pun terkena histeria. Kami tak pernah dengar lagi cerita cikgu turut terkena," kata mereka yang mengakui kejadian berkenaan bukan pertama kali berlaku.
        
        Sinar Harian difahamkan, pada tahun 2010 pernah berlaku kejadian yang sama melibatkan dua hingga lima pelajar diserang histeria dan ia berlarutan selama sebulan.
        
        "Lepas tu senyap saja sampailah berlaku kejadian ini," kata mereka lagi.
        
        Pelajar sesi petang direhatkan
        
        Sementara itu, sebagai langkah pencegahan, Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Selangor memutuskan untuk merehatkan pelajar sesi petang (Tingkatan 1, 2 dan Peralihan) dan tingkatan 4 bermula semalam dan hari ini.
        
        Bagaimanapun, pelajar tingkatan 3 dan 5 bersekolah seperti biasa kerana mereka perlu menjalani ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
        
        Dalam pada itu, Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) di bawah Majlis Daerah Hulu Selangor yang sedang menjalankan Program Tangani Histeria di Sabak Bernam turut berkunjung ke sekolah tersebut semalam bagi menangani masalah berkenaan.
        
        Difahamkan, keputusan merehatkan pelajar hanya sebagai langkah pencegahan awal, namun jika berterusan pada sesi sekolah Isnin depan, kaedah lain pula akan digunakan. - SINARHARIAN


P/S SAPE SERUUUUU AKU ....HAH !!!!