Sumber-Sot Kabar
Jika SS sebut nama artis wanita ini pasti semua orang tahu dan mengenalinya kerana bukan saja cerita kerjaya seninya sering mendapat perhatian media malah kisah peribadinya juga sering menjadi tatapan umum.Dengan status dan rupa cantik yang dimiliki tidak hairanlah dia menjadi perhatian ramai lelaki yang tampan dan kaya di luar sana. Namun SS tidak pasti apa yang dia mahukan daripada lelaki berkenaan kerana kita disogokkan dengan cerita yang dia sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka. Namun dalam pada itu, ada sumber memberitahu SS yang dia ternampak kelibat artis ini sering keluar masuk sebuah hotel di ibu kota. SS Difahamkan, di hotel itulah dia mengatur pertemuan dengan seorang kerabat dari sebuah negeri di Semenanjung.
Hairan juga SS dengan berita yang dikhabarkan kerana keintimannya dengan kekasihnya itu sudah diketahui semua tetapi dalam diam dia mempunyai hubungan dengan kerabat pula. Bagaimanapun, khabarnya ia bukanlah hubungan membabitkan hati dan perasaan tetapi jalinan untuk menambahkan pendapatan.
Bukankah selama ini artis itu sudah hidup mewah ataupun daripada dulu lagi kemewahannya itu berpunca daripada ‘kerja gelapnya’ itu?
Siapa yang melihat wajah artis itu yang selembut dan seputih salju, mesti susah nak percayakan. Namun itulah realiti kehidupan, orang yang kita nampak sikapnya macam pijak semut tak matilah itulah sebenarnya mempunyai perangai yang amat hina. Bijak sungguh dia menggunakan segala kelebihan yang Tuhan berikan kepadanya untuk mengaburi mata orang sekeliling. Sudahlah cantik, pandai pula ambil hati orang, siapalah yang tak berkenan padanya. Jadi kalau ada berita buruk mengenainya pun, siapa nak percaya. Dengan segera dia mengatakan dia mangsa fitnah.
SS: Biarlah rupa tak cantik, asalkan memiliki sekeping hati yg menawan.
No comments:
Post a Comment