Thursday, September 12, 2013

10 jawapan poyo artis Malaysia .

1.Bila kantoi job dah suam suam taik- "saya sedang mengumpul material untuk projek terbaru saya...saya selalu mendapat jemputan membuat dinner show majlis koperat..!"...keparat sangat jawapan kan.?..confiden tak hingat...!! Padahal ko kat umah goyang kaki /telur kira biji beras berapa jer yg tinggal...

2.Bila kantoi  harta banyak tapi job takda.-"Semua yg saya miliki adalah hasil dari menabung sejak dari awal menjadi artis.." ...Puhhlisssss....ko belakon drama takat melintas2 camera,skrip cuma berdehem jer...pastu boleh cakapkumpul duit!...dalam drama ko cuma jalan lintas camera tapi jalan lenggok tu sampai kain terselak sampai semua nampak..!

3.Bila kantoi dadah/clubbing-"saya berada di tempat yg salah di waktu yg salah,keluarga saya lebih mengenali saya dari orang lain...seperti ada orang cuba menjatuhkan saya....so saya tak takut pun dengan kontreversi ini.."-ko ingat polis malaysia ni bodoh???..kalau keluarga ko jer yg kenal ko..kenapa gatai nak jadi artis???bila nama dah terpampang kat sotkhabar salah kan orang lain..!

4.Bila kantoi bercinta ...sebelum tu kemain menafikan lagi..-"saya perlu menjaga hati semua pihak...saya tersentuh dengan cara mendidik anak...dia sudia menerima saya seadanya...bukan kerana saya seorang artis.."-lorrr syumul sungguh jawapan ko yer...!!!padahal lelaki yg ko kebas tu dah lah laki orang/kaya....cuba kalau lelaki tu takat pegawai kerajaan m41.???...pandang sebelah mata pun tak!

5.Bila kantoi dengan bini,dia ada skandal dgn peminat-"saya masih waras dan dapat membezakan batas antara artis dan peminat...dia(peminat.)yg terlalu obses dgn saya sehingga melakukan cara ini untuk mendapat perhatian saya"....choiii sangat kan ko laki bini senyum lebar buat pc kata peminat tu yg terhegeh2....padahal ko siap hantar gambar "angry bird"kat watsap..pastu guna ayat jiwang ...apa ke helllll..?

6.Bila buat album memahal tapi haram orang tak beli-"pendengar malaysia masih kuno dgn konsep musik yg saya cuba bawak...mereka harus lebih open dgn peredaran musik semasa.kalau macam ni macamana lah musik malaysia dan ke mercu dunia..?"...Hoi...pang satu kali...!!!...ko yg mimpi di, oiii..muzik tulen malaysia mmg dan lama sampai ke tahap international..ko buat album lagu menjerit2 macam orang nazak...dengan musik bingit sikit lagi nak sama dgn pancaragam orang mati...pastu suruh orang kembangkan telinga dengar...

8.Bila bikin filem tak meletup-"ini cubaan pertama saya..filem pertama saya..saya masih belajar...lepas ini saya akan mengkaji lebih mendalam kehendak rakyay malaysia"........dah 18 tahun aku tunggu ...mana filem kedua engko dik???...terus bankrap lepas buat filem pertama dulukan??...ngaku jer laaaa.

9.Bila kantoi bercinta sesama artis selokasi-"kami perlukan lebih penghayatan,tak salah kalau kami lebih mendalami watak"....iyolah tu...sampai shooting dah wrap pun korang masih dilamun cinta..pengang tangan,cumbu2an di parking lot....tapi pelik la...bila drama keluar tv takda pun scence tu???

10.Bila menang anugerah-"tanpa peminat ...siapalah saya..."...ha ah...bila ko upload gambar tak senonoh dalam IG ..pastu kena cerca dgn peminat..mula ko paksa orang tu minta maaf..siap ugut  nak remove peminat yg cerca ko tu.?hellooooo....berpijak di bumi nyata...ko ingat ko selena gomez...???eeeee

Anak ahmad Dhani penyebab 5 orang mati...












Ni lah kalau duit mak bapak dah tak tahu nak buat apa?...Anak umur 13 tahun dah dapat Lancer sebiji...Pastu kasi pulak drive kat jalan...Langgar undang2...yer lah...kalau setakat saman ..duit mak pak ko tak luak pun kannn!....tapi tuuu ha...yg bergelimpangan tu....!!!...aper cer?? entahkan laki orang...entahkan bini orang....yg pasti sapa nak bertanggung jawab atas waris yg di tinggalkan????
"Apasal tak ko jer yang mampus dik?" Confirm takda sesapa susah...!!!

Farah Diana Anuar bankrup ???


















Kesian kan?..Tapi benda ni normal kan kat Malaysia?..Umur muda dah di istihar muflis...tapi pada aku la...kalau dia ni di istihar muflis bermakna dia memang bersungguh mencari rezeki..memang ada buat pinjaman untuk satu tujuan menambah pendapatan/berniaga tetapi tidak berjaya...tidak menjadi!...Tak macam artis lain...nama suam2 kuku tapi hidup mewah...entah bisnes apa dia buat...sampai boleh jadi kaya raya macam tu..."Rezeki menabung dari kecil"...alasan memang "pala hotak" punya alasan...!!!


Sunday, September 8, 2013

Skandal Mesej Lucah: Adi Putra Bakal Berdepan Hukuman 5 Tahun



Laporan Harian Metro menyebut, pelakon popular tanah air bakal berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika siasatan mendapati dia bersalah terhadap dakwaan menghantar gambar alat sulitnya melalui aplikasi Whats App Mesengger (WhatsApp) kepada seorang wanita berstatus isteri orang.
Skandal Mesej Lucah: Adi Putra Bakal Berdepan Hukuman 5 Tahun - Terbakor
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asissten Komisioner Ruslan Hassan berkata siasatan kes itu mengikut seksyen 509. Kanun Keseksaan. Bagaimanapun semua hanya boleh ditentukan mahkamah.
“Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan juga masih belum dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya”, katanya.

Pada masa sama Ruslan berkata pihaknya masih menunggu laporan analisis yang dibuat terhadap telefon bimbit milik wanita lingkungan 30-an terbabit.
“Telefon bimbit itu disita sebelum dihantar ke makmal forensik untuk dianalisis bagi membantu siasatan kes ini. Kami masih menunggu hasil analisis berkenaan bagi proses selanjutnya.
Berdasarkan satu laporan polis seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita terbabit, pelakon itu kononnya di dakwa menghanar gambar berkenaan melalu WhatsApp kepada isteri pengadu.
Pengadu yang juga ahli perniagaan berusia 56 tahun mendakwa pelakon ini berkomunikasi dengan isterinya sejak penghujung Julai lalu dan berlarutan sehingga Ogos lalu.
Suami wanita itu dikatak menemui perbualan pelakon berkenaan dengan isterinya selalin gambar terbabit sebelum melaporkannya di balai Polis Skudai. Manakala si pelakon pula turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju mendakwa dia diugut seseorang.

Mynewshub

Yuna kantoii x pakai tudung???

Yuna Ito (born September 20, 1983) is an American pop recording artist and actress who is active in Japan.
She was born in Los Angeles and was raised in Hawaii. Ito made her musical debut in Japan with the single, "Endless Story", which was used as one of the theme songs for the popular 2005 film Nana; she also starred in the film, portraying Reira Serizawa. In 2006, Ito reprised her role as Reira for the sequel of the film singing the theme song, "Truth". In 2007, Ito released her debut album, Heart, which debuted atop the Oricon chart.

Hahahaha....



































Artis Hip Hop Di Penjara 20 Tahun, 10 Sebatan

KAJANG: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap seorang anggota kumpulan hip-hip popular tahun 2000 selepas didapati bersalah merogol anak tirinya.
Guru vokal berusia 38 tahun yang bekerja dengan beberapa badan kerajaan itu tenang apabila mahkamah membuat keputusan berkenaan tetapi kelihatan menitiskan air mata sewaktu mahkamah berehat seketika sebelum menjatuhkan hukuman.
Tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang kini berusia 15 tahun di bilik tidur gadis itu di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, Gombak dekat sini, pada pukul 9 pagi, 2 Februari 2012.
Adalah difahamkan bahawa ibu mangsa dan tertuduh telah lama bercerai.
Hakim Nor Hazani Hamzah berkata, keterangan yang diberikan mangsa adalah berwibawa selain pengesahan doktor terdapat koyakkan pada kemaluan mangsa.
"Selepas kejadian itu, mangsa menceritakan peristiwa berkenaan kepada dua saksi (kedua-dua mereka adalah guru sekolah mangsa). Keterangan kedua-dua saksi bebas itu adalah berwibawa,” katanya.
Nor Hazani menambah, pihak pembelaan pula gagal menimbulkan keraguan munasabah dan akhirnya ‘menyokong’ pihak pendakwaan.
Mahkamah juga turut mendengar kenyataan mangsa terhadap kesan yang dialaminya sebelum menjatuhkan hukuman.
"Saya rasa tidak selamat dan jijik pada diri sendiri. Saya rasa saya telah hilang perasaan untuk hidup sehingga mendorong saya beberapa kali untuk membunuh diri.
"Saya tidak tahu apa akan jadi dengan masa depan saya kerana ia kelihatan suram. Saya juga takut untuk kembali ke sekolah, takut bahawa episod gelap ini berulang," kata gadis itu sambil menangis ketika memberi kenyataan.
Peguam bela tertuduh iaitu Azmi Talib memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menanti rayuan di Mahkamah Tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fadzlin Abd Zawawi bagaimanapun membantah permohonan itu sambil berhujah bahawa tiada keistimewaan tertuduh untuk dibiarkan bebas.
Nor Hazani bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin dan menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM15,000 kepada RM80,000.
Bagaimanapun tertuduh gagal membayar wang jaminan itu menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Penjara Kajang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Saturday, September 7, 2013

Artis kulit putih panjat hotel dengan kerabat


Sumber-Sot Kabar


Jika SS sebut nama artis wanita ini pasti semua orang tahu dan mengenalinya kerana bukan saja cerita kerjaya seninya sering mendapat perhatian media malah kisah peribadinya juga sering menjadi tatapan umum.Dengan status dan rupa cantik yang dimiliki tidak hairanlah dia menjadi perhatian ramai lelaki yang tampan dan kaya di luar sana. Namun SS tidak pasti apa yang dia mahukan daripada lelaki berkenaan kerana kita disogokkan dengan cerita yang dia sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka. Namun dalam pada itu, ada sumber memberitahu SS yang dia ternampak kelibat artis ini sering keluar masuk sebuah hotel di ibu kota. SS Difahamkan, di hotel itulah dia mengatur pertemuan dengan seorang kerabat dari sebuah negeri di Semenanjung. 

  Hairan juga SS dengan berita yang dikhabarkan kerana keintimannya dengan kekasihnya itu sudah diketahui semua tetapi dalam diam dia mempunyai hubungan dengan kerabat pula. Bagaimanapun, khabarnya ia bukanlah hubungan membabitkan hati dan perasaan tetapi jalinan untuk menambahkan pendapatan.   

  Bukankah selama ini artis itu sudah hidup mewah ataupun daripada dulu lagi kemewahannya itu berpunca daripada ‘kerja gelapnya’ itu?  

  Siapa yang melihat wajah artis itu yang selembut dan seputih salju, mesti susah nak percayakan. Namun itulah realiti kehidupan, orang yang kita nampak sikapnya macam pijak semut tak matilah itulah sebenarnya mempunyai perangai yang amat hina.  Bijak sungguh dia menggunakan segala kelebihan yang Tuhan berikan kepadanya untuk mengaburi  mata orang sekeliling. Sudahlah cantik, pandai pula ambil hati orang, siapalah yang tak berkenan padanya. Jadi kalau ada berita buruk mengenainya pun, siapa nak percaya. Dengan segera dia mengatakan dia mangsa fitnah. 


SS: Biarlah rupa tak cantik, asalkan memiliki sekeping hati yg menawan.

Innalillah Saleh Yaacob Meninggal Dunia...Isteri tercedera

Penoreh Maut Manakala Isteri Cedera Disambar Petir Waktu Senja
TEMERLOH, 6 Sept (Bernama) -- Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera disambar petir di sebuah kawasan paya di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau semalam.

Mangsa Salleh Yaakob, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Norehan Hassan, 49, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, mereka  dikatakan baharu selesai memancing dan mahu pulang dengan motosikal apabila kejadian itu berlaku kira-kira 7.15 malam.

Jenazah Salleh dikebumikan di perkuburan kampung tersebut kira-kira 10 pagi tadi.

Yang turut menziarah jenazah ialah Anggota Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamad Said.

-- BERNAMA        

p/s Innalillah...alfatihah...
Last edited by tongkatwaran75 on 6-9-2013 08:23 PM

Cenderamata Majlis Berendoi...

Cuti sekolah dah dekat kan?..so kepada yg berniat untuk mengadakan majlis berendoi disini saya mengambil upah membuat cenderamata majlis berendoi.
Harga 3.90 per batang..










PostCrossing

 I have been involved with this  since 2010.There are about 40 pcs of post card has been sent to me.More is yet to received.This is the chance to introducing our country to others and at the same time learn about other country.Yes!...we can simply asking Google for info and picture but this is kind of personal touch when the postcard (with info and pic ) is dedicate only for you..hehehe




Friday, September 6, 2013

Teka teki pecah kepala...



Sudah bersedia semua? 
ok kita mula... 

Ada satu manusia ni namanya kassim baba.. dia berjalan2 la bersama untanya dekat gurun padang pasir ni menuju ke syria, jalan punya jalan punya jalan punya jalan.......punya la haus x terhingga sampai terjelir2 lidahnya. kassim baba pun berhenti la rehat sekejap, dalam kepenatan tu kassim baba ni nampak la sebuah kapal terbang boeing berapa ntah.. kapal terbang tu menuju ke eropah tengah. dalam kapal tu ada 550 penumpang x termaksud 6 crew kapal dan 3 pilot. dalam kapal tu ada yang tengah tido, tengah makan..... ada yang main game tak kurang juga yang tengah melepas hajat. nak dijadikan cerita tiba2 kapal terbang tu menjunam ke bawah sebab salah satu enjin rosak dilanggar burung gagak dan anaknya... terkejut monyet la kassim baba yang tengah tengok live depan mata ni......... kassim baba tiba2 terbeliak mata nampak ada seorang pramugari melayang2 tanpa payung terjun..... baju ngan skirt  semua pun tercabut kuat sangat angin kan.. dalam hati kassim baba mungkin orang tu masih hidup sebab nampak pramugari tu melambai2 masa tengah jatuh tadi. dia pun apa lagi berlari la menuju kearah kelibat tu jatuh tadi.. sayangnya.... ternyata pramugari tu sudah nyawa2 ikan.....beberapa saat kemudian matanya terbeliak memandang kassim baba sebelum menghembuskan nafasnya. kassim baba menjadi panik dan x tahu nak buat apa dah. dia hanya terkaku didepan mayat pramugari cantik tu.. tammat 

soalannya berapa ramaikah korban dalam nahas kapal terbang tu? kenapa banyak tu? 





-Sumber:Forum Cari

Spirit of the coin..??.



Sebahagian guru sekolah berkenaan mendengar taklimat kaedah kawalan 
dan pemulihan gangguan histeria daripada PPD dan KIK semalam.                                                                                                                                    


By Forum Cari.


HULU SELANGOR - Tindakan 'suka-suka' sekumpulan pelajar perempuan tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah di Bukit Beruntung bermain 'Spirit of the Coin' pagi Jumaat minggu lalu berakhir dengan musibah apabila 108 pelajar termasuk tiga guru diserang histeria secara berperingkat.
        
        Kejadian tersebut pada mulanya hanya melibatkan lapan pelajar perempuan sesi pagi (tingkatan 3 dan 5) pada Jumaat lepas, namun semakin melarat apabila ia berjangkit kepada 26 pelajar sesi pagi hari Isnin, diikuti 23 pelajar sesi petang (peralihan, tingkatan 1, 2, 4) pada Selasa dan 12 pelajar sesi petang hari Rabu.
        
        Keadaan bertambah serius semalam apabila 35 lagi seperti dirasuk, kali ini turut membabitkan tiga guru wanita yang cuba merawat mangsa dan seorang pelajar lelaki.
        
        Wartawan Sinar Harian cuba memasuki kawasan sekolah berkenaan bagi mendapatkan gambaran sebenar, namun dilarang pihak pengurusan. Bagaimanapun beberapa pelajar sempat ditemui bagi menceritakan punca kejadian.
        
        Calit darah pada dinding tandas
        
        Salah seorang pelajar, Nurul, 16, berkata, segala-galanya bermula apabila kumpulan pelajar perempuan berkenaan bermain permainan pemujaan roh yang dikenali sebagai Spirit of the Coin dalam sebuah kelas tingkatan 4 di tingkat satu bangunan sekolah berkenaan dipercayai pada awal pagi.
        
        "Tapi saya tak pasti di mana mulanya sebab sedar-sedar ramai budak perempuan mula menjerit," katanya.
        
        Bagaimanapun menurut Nurul, apa yang dia tahu, pelajar pertama diserang histeria baru pertama kali mencuba permainan yang turut dikenali sebagai Ouija Board itu.
        
        Seorang lagi pelajar dikenali sebagai Ira, 17, berkata, dia juga mendapat tahu daripada salah seorang rakannya bahawa beberapa pelajar yang mengikuti kelas tambahan di situ memang bercadang mencuba permainan tersebut pada Khamis malam 29 Ogos lalu.
        
        "Saya tak tau cerita asal, tapi itu yang diberitahu seorang kawan. Mereka main sampai satu tahap bergerak dari kelas itu menuju ke tandas perempuan. Lepas tu lukakan jari sendiri dengan pisau dan calit darah pada dinding tandas.
        
        "Mungkin itulah agaknya punca gangguan histeria ini," katanya.
        
        Bukan pertama kali
        
        Dalam pada itu, sekumpulan pelajar yang ditemui berkata, kejadian pagi semalam cuba dikawal dengan bacaan surah Yasin oleh pelajar perempuan dan laungan azan daripada pelajar lelaki.
        
        “Pelajar perempuan duduk dalam satu bulatan membaca surah Yasin, manakala pelajar lelaki buat satu lagi bulatan sambil melaungkan azan.
        
        “Lepas tu, satu demi satu pelajar terkena histeria dimasukkan dalam dua bulatan itu, tapi macam tak berkesan kerana semakin ramai yang kena.
        
        “Paling mengejutkan apabila tiga guru wanita pun terkena histeria. Kami tak pernah dengar lagi cerita cikgu turut terkena," kata mereka yang mengakui kejadian berkenaan bukan pertama kali berlaku.
        
        Sinar Harian difahamkan, pada tahun 2010 pernah berlaku kejadian yang sama melibatkan dua hingga lima pelajar diserang histeria dan ia berlarutan selama sebulan.
        
        "Lepas tu senyap saja sampailah berlaku kejadian ini," kata mereka lagi.
        
        Pelajar sesi petang direhatkan
        
        Sementara itu, sebagai langkah pencegahan, Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Selangor memutuskan untuk merehatkan pelajar sesi petang (Tingkatan 1, 2 dan Peralihan) dan tingkatan 4 bermula semalam dan hari ini.
        
        Bagaimanapun, pelajar tingkatan 3 dan 5 bersekolah seperti biasa kerana mereka perlu menjalani ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
        
        Dalam pada itu, Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) di bawah Majlis Daerah Hulu Selangor yang sedang menjalankan Program Tangani Histeria di Sabak Bernam turut berkunjung ke sekolah tersebut semalam bagi menangani masalah berkenaan.
        
        Difahamkan, keputusan merehatkan pelajar hanya sebagai langkah pencegahan awal, namun jika berterusan pada sesi sekolah Isnin depan, kaedah lain pula akan digunakan. - SINARHARIAN


P/S SAPE SERUUUUU AKU ....HAH !!!!

Thursday, September 5, 2013

Sleeping Beauty...

-Article and pictures are from internet-


Amazing Preservations
It never ceases to amaze me that as the world becomes more and more interconnected, there are still things being made, and discovered, and things from our past that still baffle scientists even today. I don’t think I’m a geek, but I must admit The Discovery Channel, and documentaries of the pyramids, mummies, catacombs, and just History in general peak my interest. While watching a show about the catacombs just the other day I was shocked and amazed to see the body of a little girl who died in the 1920 looked as if she were sleeping and taking a nap. She was entombed in a glass box, and had the appearance of a doll. She had been given the nick name “Sleeping Beauty”. She was 2 years old when she died and her father who was so distraught over her death, approached a famed embalmer who used his secret formula to preserve her body which was later discovered to be formalin, alcohol, glycerin, zinc salts, and salicylic acid but the actual quantities are still unknown. His method was so effective that her body appears today with little signs of decomposition. Rosalia Lombardo rests in the catacombs of Palermo Italy.






Beberapa petang di Pangkor...

Singgah jenjalan ke Pangkor...Not bad..InsyaAllah akan arrange proper vacation nanti..

 

Kopi Mineral

Suka minum kopi tak??untuk aku yg cepat pening kepala bila consume product yg ada caffein ni memanglah tercari2 satu kopi yg light tetapi memenuhi citarasa.Aku memang tak boleh dah nak minum coffee yg ada kat pasaran sekarang...apatah lagi yg diadun di vending machine..Masya Allah manisnyaaa..pekat,melekattt!!!!...lepas tu mula lah aku jadi tak keruan...rasa cam berdebar,runsing...pelik tak???..Tapi memandangkan aku kerja 12 jam shift yg menghendakkan aku menongkat mata...aku minum jugak lah secawan dua ...tetapi lama kelamaan aku rasa bimbang juga...kita makin lama bukan makin muda kan..sistem badan makin lama bukan makin cergas..so aku amik kesempatan ni untuk ubah tabiat pemakanan aku....so dalam setahun tu boleh kira 2 atau 3 kali jer aku amik coffee.

Baru baru ni aku ada ternampak kat dalam FB orang jual Mineral Coffee..Gila....! Coffee tu sendiri dan Caffien-satu bentuk DADAH!..pulak nak di tambah2 khasiat bagai??...tambahlah apa pun...dia tetap dadah!
yang paling kelakar dia campuran garam buloh pulak!!! hahaha...tak cukup nak buat orang ketagih..kecing manis...nak tambah pulak bior orang kena darah tinggi!!!...
Aku google kat internet...cari testimoni...Ramai yg kata bagus...ramai jugak yg kata rasanya unik lagipun dari pembacaan aku kopi tu jugak boleh melegakan resdung...ok...hari berlalu..minggu berganti minggu..sampai lah satu hari aku tergerak hati nak mencuba sendiri...



Dua hari pertama aku tak rasa kesan apa2..aku terus minum sampai hari kelima...baru aku terasa badan ringan jer kalau bangun tido....takda lesu2 dah....badan ringan maknanya kita bertambah cergas betul tak??...ok aku teruskan minum...siap bawak gi opis lagi time aku kerja malam...Nah...memang amazing...kopi tu buat kita rasa cergas,bertenaga dan kurangkan rasa mengantuk...maklumlah kerja malam 12 jam...sapa yg taha ngantok??...tapi kopi ni buat badan rasa cergas dalam waktu yg sama kita rasa relaks..tak letih langsung..So far itu jer yg aku rasa setakat hari ni...tak tahulah kalau tetiba 14 hari lagi tetiba aku jadi putih cam Adira ker...hahaha harus aku order 18 kotak!

So pada sesapa yg ada masalah macam aku...boleh lah try coffee ni.



Tuesday, September 3, 2013

Yang Tersurat...Yang Tersirat...

Banyak dam FB/Insta..atau apa2 jer lah...orang letak status bergambar yg memberikan dua makna...

List kat bawah ni adalah beberapa contoh.

Yang tersurat >>>FB Caption: "Hari ni jalan jammed...sakit badan bila kena que panjang.."
Yang tersirat  >>>Nak tunjuk dia drive luxury car...hehe.












Yang tersurat >>>FB Caption: "Ni yang menyampah bila budak2 ikut ayah derang..pintu pagar mesti lupa nak tutup.."
Yang tersirat  >>>Pikir sendiri...heheh














Yang tersurat >>>FB Caption: "2 jam termenung kat dapur...tak tahu nak masak apa"
Yang tersirat  >>>Pikir sendiri...heheh











Yang tersurat >>>FB Caption: "Alhamdulillah diet yg saya amalkan telah membuahkan hasil"
Yang tersirat  >>>Pikir sendiri...heheh


















Yang tersurat >>>FB Caption: "Aman bila anak2 dah mula bersekolah semula"
Yang tersirat  >>>Pikir sendiri...heheh















Yang tersurat >>>FB Caption: "Beratur punyalah panjang semata nak update buku bank...teller tu keje lembab betul"
Yang tersirat  >>>Pikir sendiri...heheh



Monday, September 2, 2013

Minyak naik....lagi!

Tanpa belas kasihan..pemimpin kita mengapprove kenaikkan harga minyak..hmm sepatut kemenangan pilihan raya lalu menjadi medan terbaik untuk mengambil hati rakyat...kalau begini lah ...rasanya parti pembangkang tak payah berkerja keras untuk memancing undi bagi pilihanraya yang akan datang..sbb umum tahu parti mana yg akan menang...!




































Gambar ehsan Google

Mengapa surirumah adalah insan yang mulia dan istimewa?

Kerana...
1)Melihat dan mengetahui setiap kelebihan dan kekurang yg ada di dalam keluarga dengan teliti.Dari hal sekecil sebutir telur ayam pun mereka tahu samada ia sudah tembelang atau belum.Apatah lagi jika suami mereka menipu dan sudah pecah tembelang!
2)Ikhlas,tak ada..(tak kan ada) sikap mari bermalas malasan dalam kamus hidup mereka.Dari hal mencuci mangkuk tandas hinggalah membelek dan mencium sependa suami untuk memastikan ianya sudah diguna ke belum..bayangkan...sampai macam tu sekali....!!takutlah tetiba terpandang kurap kat @&$/ suami sbb pakai spenda tak basuh.


3)Pakar ekonomi yang hebat...cuba tanya lauk sambal sardin untuk makan 6 orang dengan lauk masak ayam lemak ciliapi hidangan 6 orang..yang mana lebih mahal?..kenapa dia mahal..? Tak payah kuar kalkulator derang dah tahu jawapannya...siap hujah yang bernas lagi.



4)Host/tuan rumah /event manager merangkap emcee yg berpengalaman...cuba bagitahu ...ada sesapa suami dia yg tak mati kutu bila sedara mara datang rumah waktu bini takda rumah.....sapa.?..sapa?...nak tengok suami mati kutu cam lipas kudung...kulu kilir tapi bingung tak tahu nak buat apa...haha masa ni lah...!!!Binilah yg sambut tetamu sadari bukak pintu gate...jemput masuk...buat air..jenguk peti ais kalau2 ada yg boleh di masak...selongkar cabinet...kot2 la ada keropok yg boleh di goreng sementara tunggu main dish siap...borak pun dgn topik yang lancar....laki  boleh????


5)Pemberita ,wartawan,juruhebah terbaik....tanyalah hal apa jer tentang berita semasa atau hal ehwal satu taman perumahan...insyaallah mereka tahu.



So kepada lelaki yg mana isteri mereka tidak berkerja dan surirumah sepenuh masa ...hargailah mereka..mereka buat kerja yg anda sebolehnya tidak mahu pun buat..!ucaplah terima kasih...pujilah sekali sekala...bawak mereka pergi ketempat yg patut mereka pergi...senangilah hati mereka...sbb mereka pun manusia biasa...hati kadang2 ingin berbelanja sepertimana wanita bekerjaya lain tetapi sentiasa memikirkan yg faktor kewangan tidak mengizinkan.

Kepada kawan yg mana ada dikalangan rakan mereka yg surirumah menyuarakan ingin berniaga kecil kecilan...sokong lah mereka...!!


gambar ehsan google

Tuesday, July 2, 2013

Daiso?? Syokk ooo...

Aku paling suka masuk satu kedai ni...Daiso nama dia...bukan nak membeli pun cuma aku suka nak belek2 barang yg ada kat situ...cute2...ada tu yg aku tak terpikir pun ada di jual kat mesia.


Rekod setakat ni aku pernah masuk membelek adalah 3 jam...MEMBELEK SEMATA2 okey!...hahaha...yg bestnya kedai ni takda sales assistance yg akan ikut ko kemana ko pergi...nak jegil2 kan mata kalau ko buat sepah ker...takda...mmg takda!!!...Tapi yang tak bestnya semua barang adalah berharga Rm 5...kadang tu barang secoet pun harga 5 hinggit..! heheh


Korang pernah terpikir ke barang2 ni ada terjual kat malaysia...Yer ada!!!


Ada dua tiga kali gak ar..aku terbeli barang yg aku sendiri pun tak tahu nak guna buat apa,bila nak guna...hahah....!!!

Tak...dia tak sama macam kedai Rm2 yang biasa tu!!!..Kedai Sinma pun kalah tau..!!!...tak yah nak gantung deco yg bling2 kat kedai..mungkin the way dia susun barang tu ...colourful sangat..



Yang atas ni paling aku suka...pegang2..pastu tarik2...comeeelnya...!

For those yg nak kawin...nak cari barang deco kawin yang mungkin SUPER DUPER cute...carilah kat sini..!


Gambar semua adalah dari google...


Wednesday, February 27, 2013

Artis dan instagram..

Zaman dulu artis malu malu kucing bila nak suruh posing depan jurugambar...sekarang mak aikkhh...camwhore...camwhore...camwhore....mengarap ada orang puji cantikla..cutela...pastu buat tak tahu kalau ada peminat komen....dan hanya akan reply jika kawan seartis yg komenn....yeuuuu....ada tu yg langsung x komen...kenkonon x nak di kata takda kerja atau dah x dapat job....hmmmm sukati ko lah...ada tu...duduk atas riba suami pun nak tayang....

Thursday, January 10, 2013

Ori vs x ori


Adalah beli satu barang ni...dari bloger popular....tapi bila dapat...sedih sangat sbb barang tak sama macam yg digambarkan dalam blog...tapi xpa lah...mungkin bukan rezeki......

Aku memang dah expect pun benda tu tak ori dari awal lagi walaupun dalam blog beriya dia kata "its ori"....tapi kalau iya pun nak jual barangan murah ..cari lah yg senonoh sikit...

Bila aku publish kat forum..ada plak "lalat " yg kata aku cuba jatuhkan bisness bumiputra...aku penuh dengan PHD la..memacam la....dah terang2 apa yg ko buat tu salah... sorilah...bila dah jadi macam ni...aku kesian sbb ko bertungkus lumus nak bayar rumah & kereta ko yang besor tu dengan cara yg macam ni...anyway..selamat berbahagia...aku tak doakan yg buruk2 dan takkan maki2 macam you ko buat kat blog ko tu...Salam

Wednesday, January 9, 2013

Trip ke utara...

Considered as family trip..tapi sebenarnya datang bawak hajat menyunting bunga di taman mergahsari.....celaweiiiii...ayat cam poen!

Aku ngan suami tak joint convoi...bertolak awal..singgah taiping makan mee sup ayam power...pastu hujan selebat2nya...terus bertolak gi bukit mertajam.

Kami sampai dlm kul 12.30 mlm...di sambut sendiri oleh mak ayah budak perempuan yg kami nak pinang tu...yg paling terharu tu..siap dah ada ketupat palas dgn serunding atas meja untuk di ngap..

Rombongan convoi smpi dlm kul 4.50 camtu....semua penat dan mengantuk...tetapi sempat jugak ngap 2 3 biji ketupat sorang...

Lepas tu aku pun mulalah siapkan hantaran....letih sbb tak tidur.

Majlis start dlm kul 10.30....tuan rumah sgt bermurah hati dan ramah menyambt kami..makanan pun sedap2..ketat perut den!...kannn dasar piranha...

Selepas majlis kami terus bertolak ke jitra ..umah pah sedara...







Selamat menempuh dugaan pertunangan...kbye